CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 12 July 2014

dia yang terakhir.

Bismillah,
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Lama rasanya jari jemari ini tidak menaip.
Lama juga rasanya meninggalkan dunia alam maya..

Kini aku kembali, selepas bangkit dari mimpi semalam..

Aku yakin setiap yang diberikan akan ada hikmah utk ku.
Sesungguhnya hati ini ingin menjerit sepuas-puasnya.

Tapi aku harus kuat utk lalui semua ini.
Pekara ini akan mematangkan lagi hidup ku.

Dua ujian yang besar telah aku lalui.
Banyak hati yang telah aku lukakan.
Ku akui itu mmg silap sendiri.

Aku tak salahkan takdir.
tapi, aku menyalahkan diri aku sendiri.

Aku buta, aku lalai dan aku leka dengan kepuraan dunia ini.
Syukur, ke atas-NYA yg masih memberi aku petunjuk utk kembali ke pangkal jalan.

Aku sudah penat dengan permainan dunia.
Aku takut kehilangan Dia.
Cukuplah sekali aku menyakiti DIA..


*sayang, terima kasih atas segala pengorbanan awk utk saya.
maafkan saya.
Ikhlas dari hati saya masih sayang pada awk.
masih ingin bersama awk dan mahukan awk menjadi yang terakhir dalam hidup saya.

Wednesday 26 February 2014

deeply

tak usaha di luahkan dengan berkata sambil menatap mata,

mungkin akan berlaku pelbagai tipu helah.

hanya ini yang mampu ku luahkan untuk dirimu..

 

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 

Walau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
Karena bagiku engkaulah nyawaku




Monday 16 December 2013

inspired him :)

Bismillahhh
sebagai pembuka bicara..

inspirasi bermaksud ilham ..
itu yang aku paham tetang erti inspirasi..
dengan kata lain ilham dalam hidup ini..




Dialah yang berkerja keras,
Bertungkus lumus membesarkan anak-anaknya..
Tanpa mengenal erti kelelahan..
Dialah AYAH yang aku ada di muka bumi ini.

Bak kata along, kalau bukan kerana AYAH kita orang adik beradik tidak akan ada didunia ini.
Kalau bukan kerana kegigihan AYAH ,
Semangat kerja AYAH kita orang adik beradik tak kan merasa kesenangan ini.
AYAH selalu menegur segala kesilapan kami adik beradik demi kebaikan diri sendiri dan masa depan kita orang..





Dialah abang..
Dialah contoh teladan kepada adik-adiknya..
Dengan kejayaan yang dia..
Menjadi semangat kepada aku utk menjadi seorang anak yang berbakti kepada keluarga..
Kerana kejayaan ALONG,buat aku terdorong utk mengikut jejak langkahnya..
Kini dia bergelar ENGINEER muda..




Dia jugak lelaki yang turut menjadi ilham dlm hidup aku.
Di akui, dia hanya orang luar..
Tapi dengan segala usaha dan pengorbanan yang dia lakukan membuat aku sedar kenapa kita perlu menghargai orang lain.

Semoga ALLAH merahmati mereka..
AMIN,AMIN,AMIN...
 

Monday 2 December 2013

tiada penghujungnya..

assalamualaikum..
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang..

bismillah,
sebagai pembuka kata..

CINTA..
tidak dinafikan semua mahluk dimuka bumi tidak pernah merasakan apa CINTA..
cinta tidak boleh digambarkan, dilukis, di jualbeli dan lain-lain.
harga sebuah cinta tiada nilainya.

tak semestinya kita bercinta sesama manusia,kadangkala ada cinta sesama haiwan, sesama penciptaNYA sendiri..iaitu ALLAH..

cinta manusia sesama manusia, cinta antara haiwan dan haiwan yang sejenis dan cinta tumbuh-tumbuhan dan sejenisnya pasti tidak akan berkekalan..
hanya CINTA hamba kepada penciptanya sahaja yang berkekalan di dunia mahupun di akhirat.

walaupun, ada yang cuba menahan agar cinta sesama manusia,haiwan dan tumbuhan tak kan mati,..
takdir ALLAH tiada sesiapa mampu utk menafikannya.

sebelum,
kita mencintai antara satu dan yang lain..
harus,hendaklah,wajiblah,perlulah kita berinta sesama pencipta kita.
jika kita menjaga hubungan dengan ALLAH..
pasti kita akan hidup dgn rahmatNYA (inshaALLAH)..

seterusnya,
cintailah kedua IBUBAPA kita..
ingatlah..
jasa-jasa mereka..
pengorbanan mereka..
tanpa mereka,sudah tentu kita tak dapat melihat bumi ciptaanNYA..

mereka tak mahukan wang yang berjuta-juta daripada anak-anaknya.
tapi, mereka hanya ingin melihat kejayaan anak-anaknya..
pasti itu hadiah paling diinginkan oleh setiap ibubapa didunia ini.

alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi,..
aku dikurniakan kedua ibubapa yang sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak-anaknya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..

pukul 5 pagi dia akan bangun dari tidur.
meskipun berat mata, dengan mata yang mengantuk..
dia gagahkan juga..
langkah kakinya pasti akan menuju ke ruang makan.
untuk menyediakan apa-apa sahaja utk keluarganya..

kemudian, dia akan mengejut sang suami agar bersiap mendirikan solat subuh secara berjemaah.
disamping itu dia tidak lupa utk mengejut 3orang anaknya agar bangun bersiap-siap menunaikan solat subuh dirumah..

begitulah rutin hariannya..
diteruskan hari demi hari, jam demi jam, hari demi hari ,minggu demi minggu ,bulan demi bulan dan tahun demi tahun..

selepas itu, dia akan menyiapkan sarapan pagi utk anak-anak dan suaminya..
dan seterusnya dia melakukan kerja rumah yang lain sebagai contoh memasak, mengemas dan lain-lain..

begitu juga dia sebagai seorang suami/lelaki memikul tanggungjawab yang besar.
perlu mencari sesuap nasi utk anak-anak dan isterinya..
panas terik, hujan lebat, ribut dan lain-lain cuaca yang perlu dia lalui demi keluarga yang tercinta.

meski dia tidak memiliki segulung ijazah. tidak bergelar dato, yb dan lain - lain.
dengan kegigihan ,semangat juang yang tinggi dia berkerja keras utk memastikan anak-anak dan isterinya mendapat keperluan yang mencukupi..

mereka ,tidak pernah mengenal erti kepenatan, keletihan..
demi ana-anak yang tersayang mereka sanggup berkorban apa sahaja..

mereka bukanlah datang dari keluarga yang terhormat, dipandang mulia dan seterusnya.
mereka hanya orang kebanyakan yang melalui hari-harinya dgn dugaan dan cabaran..
tapi mereka berusaha sekuat tenaga utk melawannya.

segala masalah yang berlaku dia tak akan menceritakan pada anak-anaknya..
mereka tidak mahu anak-anakya merasa sedih dan hilang fokus.

begitulah kehidupan insan yang bergelar IBU dan BAPA..

jasa dan pengorbanan mereka tidak boleh dijual beli..
kasih sayang yang mereka berikan tidak dapat digantikan..
mereka hanya satu didunia dan diakhirat..

kepada ibu NORMAH BINTI TARJODIN, dan..
ayah AB RAHIM BIN JALALUDIN..

terima kasih,terima kasih dan terima kasih kerana telah melahirkan kami didunia ini.
menjaga kami,
mencurahkan kasih sayang dengan sepenuh hati,
menyediakan keperluan dan kehendak kami adik beradik.
tanpa kenal erti jemu...

tanpa ayah dan ibu,,
tentu kite adik-beradik tak akan hidup senang mcm ni pada masa sekarang.
mungkin ayah dan ibu tak mahukan harta mahupun dari kite adik-beradik apa yang ayah dan ibu mahukan adalah KEJAYAAN kami adik-beradik..

INSHAALLAH..itu yang kami akan berikan kepada ayah dan ibu suatu hari nanti..
salam sayang..



 


Saturday 30 November 2013

mimpi yang tak pernah berakhir :)


Semuaya bermula dgn bertemuan pandangan pertama.

tiada istilah, merampas atau dirampas..

semuanya kerana CINTA yang hadir ikhlas dari hati.

mencintai kerana ALLAH.
merindui kerana ALLAH.
membantu dikala susah kerana ALLAH..
gembira bersama hanya kerana ALLAH.

berkat kesabaran, kesungguhan, keikhlasan, ketabahan, maka terbinalah cinta kami :)
inshaALLAH, saya menyintainya ikhlas kerana ALLAH :)

 

Wednesday 2 October 2013

Hanya Dunia シ

Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Dunia.
Ianya bersifat sementara.
Terkadang kita terlepas pandang.
Terlalu ramai manusia di muka bumi ini sibuk mengejar hal duniawi hingga terlupa kehidupan yang lebih kekal.

Mungkin terkdang aku juga begitu.

Tapi, tidak dinafikan pelbagai usaha yang dilakukan oleh mereka utk hidup mewah dimuka bumi ini sehingga sanggup menindas orang lain.

Kadang2 ada yang meminta bantuan dan ingin diberi balasan atas pertolongan yang diberikan.
Dan.
Ada juga yang memberi pertolongan tanpa mengharapkan balasan apa-apa.
Tapi,
Ada yang sanggup menolong orang tanpa meminta balasan tetapi dipergunakan seperti hamba atau dengan kata lain dijadikan seperti pencacai.

Pertolongan yang ikhlas dijadikan bahan mainan.
Mana letaknya sifat simpati? Keperimanusiaan? 

Tapi, aku tahu.
ALLAH sentiasa ada, mungkin dia sedang menguji hambanya yang sombong atau sedang menguji tahap kesabaran seorang hambanya yang berhati mulia itu.

Dan jika aku di tempat seorang hamba yang suka menolong tanpa mengharapkan balasan,
InshaAllah.
Aku cuba utk redha.
Kerana setiap sabar ada ganjarannya.

Tidak di nafikan.
Manusia yang tidak bersalah direjam sehingga mati.
Tapi, yang bersalah sedang menari-nari keseronokan.

Mungkin dia terlepas hukuman didunia.
Tapi dia tak pernah lepas dari hukuman di akhirat sana.
InshaAllah.

Thnks&Regards
⊙﹏⊙,
FatenRahim.

Sunday 15 September 2013

KESABARAN シ

Bismillah.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Setiap yang hidup tidak pernah lari dari ujianNya.
Pelbagai dugaan, cabaran, rintangan dan halangan yang harus kita lalui demi meneruskan kehidupan di bumi Allah.

Disebalik ujianNya,
Dia telah merancang sesuatu yang jauh lebih baik utk hambanya.

Mungkin Allah ingin kita sujud kepadaNya.
Agar kita tahu di muka bumi ini kita adalah khalifah.
Dan dia yang maha Esa adalah pencipta kita.

Usahlah kita lari dari mengharungi setip dugaanNya.
Allah akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambaNya juga.

Dan seperti diriku ini,
Aku juga hamba.
Yang serba kekurangan.
Aku tidak pernah terlepas dari dugaaNya.

Syukur.
Diri ini masih di beri kekuatan utk mengharungi segala dugaan yang datang.
Semoga kesabaran ini akn mendatangkan hasil yang bermanfaat utk kita semua.

Aku juga berharap,
Agar dia tabah menghadapi dugaan yang di berikan.
InshaAllah, aku akan berusaha utk menjaganya sehingga dia benar-benar pulih seperti sedia kala.
InshaAllah.
Dengan izinNya.
Aku sentiasa berdoa.
Aku yakin pasti ada hikmah utk setiap pekara yang berlaku.
InshaAllah.

Thanks&Regards.
FatenRahim.