CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 2 December 2013

tiada penghujungnya..

assalamualaikum..
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang..

bismillah,
sebagai pembuka kata..

CINTA..
tidak dinafikan semua mahluk dimuka bumi tidak pernah merasakan apa CINTA..
cinta tidak boleh digambarkan, dilukis, di jualbeli dan lain-lain.
harga sebuah cinta tiada nilainya.

tak semestinya kita bercinta sesama manusia,kadangkala ada cinta sesama haiwan, sesama penciptaNYA sendiri..iaitu ALLAH..

cinta manusia sesama manusia, cinta antara haiwan dan haiwan yang sejenis dan cinta tumbuh-tumbuhan dan sejenisnya pasti tidak akan berkekalan..
hanya CINTA hamba kepada penciptanya sahaja yang berkekalan di dunia mahupun di akhirat.

walaupun, ada yang cuba menahan agar cinta sesama manusia,haiwan dan tumbuhan tak kan mati,..
takdir ALLAH tiada sesiapa mampu utk menafikannya.

sebelum,
kita mencintai antara satu dan yang lain..
harus,hendaklah,wajiblah,perlulah kita berinta sesama pencipta kita.
jika kita menjaga hubungan dengan ALLAH..
pasti kita akan hidup dgn rahmatNYA (inshaALLAH)..

seterusnya,
cintailah kedua IBUBAPA kita..
ingatlah..
jasa-jasa mereka..
pengorbanan mereka..
tanpa mereka,sudah tentu kita tak dapat melihat bumi ciptaanNYA..

mereka tak mahukan wang yang berjuta-juta daripada anak-anaknya.
tapi, mereka hanya ingin melihat kejayaan anak-anaknya..
pasti itu hadiah paling diinginkan oleh setiap ibubapa didunia ini.

alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi,..
aku dikurniakan kedua ibubapa yang sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak-anaknya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..

pukul 5 pagi dia akan bangun dari tidur.
meskipun berat mata, dengan mata yang mengantuk..
dia gagahkan juga..
langkah kakinya pasti akan menuju ke ruang makan.
untuk menyediakan apa-apa sahaja utk keluarganya..

kemudian, dia akan mengejut sang suami agar bersiap mendirikan solat subuh secara berjemaah.
disamping itu dia tidak lupa utk mengejut 3orang anaknya agar bangun bersiap-siap menunaikan solat subuh dirumah..

begitulah rutin hariannya..
diteruskan hari demi hari, jam demi jam, hari demi hari ,minggu demi minggu ,bulan demi bulan dan tahun demi tahun..

selepas itu, dia akan menyiapkan sarapan pagi utk anak-anak dan suaminya..
dan seterusnya dia melakukan kerja rumah yang lain sebagai contoh memasak, mengemas dan lain-lain..

begitu juga dia sebagai seorang suami/lelaki memikul tanggungjawab yang besar.
perlu mencari sesuap nasi utk anak-anak dan isterinya..
panas terik, hujan lebat, ribut dan lain-lain cuaca yang perlu dia lalui demi keluarga yang tercinta.

meski dia tidak memiliki segulung ijazah. tidak bergelar dato, yb dan lain - lain.
dengan kegigihan ,semangat juang yang tinggi dia berkerja keras utk memastikan anak-anak dan isterinya mendapat keperluan yang mencukupi..

mereka ,tidak pernah mengenal erti kepenatan, keletihan..
demi ana-anak yang tersayang mereka sanggup berkorban apa sahaja..

mereka bukanlah datang dari keluarga yang terhormat, dipandang mulia dan seterusnya.
mereka hanya orang kebanyakan yang melalui hari-harinya dgn dugaan dan cabaran..
tapi mereka berusaha sekuat tenaga utk melawannya.

segala masalah yang berlaku dia tak akan menceritakan pada anak-anaknya..
mereka tidak mahu anak-anakya merasa sedih dan hilang fokus.

begitulah kehidupan insan yang bergelar IBU dan BAPA..

jasa dan pengorbanan mereka tidak boleh dijual beli..
kasih sayang yang mereka berikan tidak dapat digantikan..
mereka hanya satu didunia dan diakhirat..

kepada ibu NORMAH BINTI TARJODIN, dan..
ayah AB RAHIM BIN JALALUDIN..

terima kasih,terima kasih dan terima kasih kerana telah melahirkan kami didunia ini.
menjaga kami,
mencurahkan kasih sayang dengan sepenuh hati,
menyediakan keperluan dan kehendak kami adik beradik.
tanpa kenal erti jemu...

tanpa ayah dan ibu,,
tentu kite adik-beradik tak akan hidup senang mcm ni pada masa sekarang.
mungkin ayah dan ibu tak mahukan harta mahupun dari kite adik-beradik apa yang ayah dan ibu mahukan adalah KEJAYAAN kami adik-beradik..

INSHAALLAH..itu yang kami akan berikan kepada ayah dan ibu suatu hari nanti..
salam sayang..



 


0 comments: