CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 15 June 2013

Superman. Like man of steel.

Bismillah,
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Semoga hari ini adalah hari yang paling indah di dalam hidup kita, dan kita sentiasa berusaha meningkatkan lagi ibdah kita kepada yang Esa. 

Beliau anak kpd kelahiran kuala selangor,
Abang kpd 11 org adik,
Beliau dibesarkan di Johor, 
Kehidupannya penuh dengan liku,
Penuh onak dan cabaran,
Banyak pahit dan manis tetapi beliau cekal kan hati menelan segalanya demi meneruskan kehidupan seharian.

3 Julai 1990 ,
Beliau sah di ijab kabulkan dengan seorg wanita yang bernama Normah Tajodin.
Menjadi ayah kpd Mohamad Nasharudin, Noor Faten dan Mohamad Anuar,.

Beliau seorg yg gigih,kuat dan rajin berusaha,
Sanggup berkorban demi insan tersayang.,

Beliau hero dlm hidup KAMI!!
Imam kpd ank dan isterinya,
Ketua agama dan keluarga dlm hidup kami,
Ketua chef dlm keluarga kami,
Pakar motivasi dlm hidup anak - anaknya.

Beliau sentiasa ade di kala sy sedang menghadapi masalah,
Menjadi pendengar dan pemberi pendapat yang bernas,
Sumber kewangan Sy,.

Beliau penilai dlm setiap masakan sy,
Beliau adalah superhero sy!!
Beliau ialah superman sy!!

#Terima kasih ayah!!!!
Jasa mu,
Pengorbanan mu,
Akan ku kenang hingga hujung nyawa ku.
Tiada sesiapa yang boleh menggantikan tempat mu di dlm hati ku.
Semoga Allah sentiasa merahamti mu,
Melindungi mu,
Menjaga mu,
Memberikan syafa'at dlm setiap apa yang kau lakukan,
Diberikan kekuatan utk meneruskan kehidupan,
Diberikan kebahagian didunia dan akhirat,
Memiliki keluarga yang bahagia.

Semoga ayah di berikan kekuatan utk membimbing keluarga kami menjadi keluarga Sakinah,.
Menjadi tabah dan kuat melayan segala kerenah anak -anaknya yang nakal..

Ya Allah, sesungguhnya pada engkau aku bermohon,.
Aku tahu aku insan yang lemah, lagi hina di mata mu.
Tiada tempat utk ku meminta,
Di mata mu,aku ibrat pengemis sedang dlm kesusahan meminta simpati.

Kau lindungilah ayah ku ab rahim bin jalaludin,
Kau berikan lah keampunan keatasnya,
Bukakan lah pintu rezeki nya,
Panjangkan lah umur nya agar beliau dapat melihat kejayaan anak -anaknya.
Berikan lah dia kekuatan utk menjadi seorg pemimpin, imam utk beliau membina keluarga SAKINAH.
Sesungguhnya hanya pada engkau laa aku mengadu nasib, engkau lah tempat aku sembah, tiada tuhan yang ku sembah melainkan kau Ya Allah. Kau makbulkan segala doa ku. AMIN, AMIN,..

SELAMAT HARI BAPA.
HAPPY FATHER DAYS.
MAY ALLAH HAVE MERCY ON YOU AYAH!!!
cc to : ab rahim bin jalaludin. ♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

Thanks & Regards,.
⊙﹏⊙ ,
Faten Rahim.

0 comments: